Persiapan Bersalin Ibu dan Bayi dengan faybel

Sebagai seorang wanita yang bakal melahirkan terutamanya para ibu muda, pasti ada banyak perkara yang menghantui minda kalian bukan? Mana hendak membeli kelengkapan bayi, mana hendak mencari pakej berpantang yang mesra bajet. Semuanya perlu diatur sempurna bagi menyambut kelahiran cahaya mata yang sekian lama dinanti.

Selain daripada persiapan bersalin si ibu, persiapan khusus untuk bayi juga harus dititikberatkan agar momen kelahirannya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang merumitkan keadaan. Harus diingat, emosi ibu mudah terganggu selepas melahirkan. Sebab itulah pentingnya perancangan awal bagi mengelakkan kecelaruan yang mungkin menyebabkan si ibu tertekan.

Bagi memastikan proses sebelum dan selepas melahirkan dapat memberi 1001 kenangan terindah kepada ibu dan bayi, ikuti perkongsian tip ringkas yang kami sediakan ini.

PERSIAPAN PENTING UNTUK SI IBU LAKUKAN AGAR PROSES BERSALIN JADI MUDAH & BERJALAN LANCAR

Sebagai seorang wanita yang ‘membawa’ kandungan kurang lebih 9 bulan lamanya, sudah tentu anda mahupun pengalaman hamil dan melahirkan ini menjadi kenangan terindah untuk disemat di dalam ingatan selamanya. Bagi memastikan impian dambaan anda itu dapat dicapai tanpa sebarang halangan, ikuti cadangan di bawah ini:

1. Lakukan Senaman & Latihan Ketenangan

Selain mengamalkan pemakanan seimbang, senaman juga penting untuk bantu merangsang kekuatan sendi terutamanya otot di sekitar pelvis sebagai persediaan melahirkan nanti. Rata-rata pakar menasihatkan wanita hamil melakukan senaman berkala selama 30 minit setiap hari.

Manfaatkan juga latihan pernafasan yang lazimnya ada diajarkan kepada peserta sewaktu menghadiri kelas ibu mengandung (antenatal). Latihan pernafasan yang strategik menerusi meditasi umpamanya mampu mengurangkan kesakitan ketika bersalin sekali gus dapat menenangkan kegelisahan dan rasa cemas yang dihadapi saat itu.

2. Sertai Kelas Ibu Mengandung (Antenatal)

Ajak pasangan anda (suami) untuk segera mendaftar diri dan menyertai kelas ibu mengandung (antenatal) sebagai salah satu langkah awal untuk mempelajari banyak perkara mengenai bayi dan persediaan melahirkan.

Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kerisauan dan tekanan anda untuk menghadapi tempoh kelahiran yang bakal tiba, bahkan mampu membantu anda mengawal emosi dan memahami proses kelahiran secara terperinci dengan adanya bimbingan daripada pakar terlatih.

3. Amalkan Pemakanan Sihat

Amalkan pemakanan yang sihat untuk menggalak proses tumbesaran janin. Ia juga membantu mengelakkan komplikasi si ibu ketika hamil dan selepas melahirkan dengan mengawal risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi serta kelahiran bayi pramatang.

Nutrisi seperti protein, serat, bendalir dan lemak sihat berasaskan produk tenusu, salmon, sayuran hijau berdaun gelap serta daging putih adalah antara sumber makanan terbaik yang boleh dipraktikkan dalam pengambilan makanan harian demi menjamin kesejahteraan kesihatan ibu dan bayi.

4. Kemas Beg Hospital

Kemas kelengkapan berpantang anda seawal mungkin bagi mengelakkan kecemasan yang lazimnya berlaku di saat-saat akhir. Sediakan beg yang cukup untuk menampung kesemua keperluan anda dan bayi di hospital nanti. Antara kelengkapan paling utama adalah: –

… dan lain-lain.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIUTAMAKAN DEMI KESELESAAN & KESELAMATAN BAYI BARU LAHIR

Menyambut kehadiran bayi adalah suatu pengalaman yang mengujakan, namun masih ada ibu bapa yang terlepas pandang akan beberapa aspek penting selain daripada membeli pakaian serta barangan harian bayi yang mencukupi. Apa-apa pun, jangan panik. Ikuti panduan di bawah ini sebagai persediaan lengkap menyambut kelahiran puteri dan putera anda.

1. Persekitaran Awal Yang Nyaman

Sebelum melangkah keluar dari hospital, sila pasangkan kerusi kereta bayi mudah alih di dalam kenderaan agar bayi anda dapat diletakkan dalam keadaan yang selamat dan selesa sepanjang perjalanan pulang ke rumah nanti. Sediakan juga alas dan selimut yang lembut untuk menyelimuti mereka kerana bayi baru lahir sensitif terhadap suhu sejuk (berhawa dingin).

Sarungkan anak anda dengan helaian pakaian yang berfabrik lembut dan ringan. Jika boleh, pastikan topi atau penutup kepala bayi ditanggalkan daripada kepala terlebih dahulu sewaktu mereka diletakkan di dalam kereta bayi (car seat). Ini bagi memastikan suhu badan mereka stabil dan tidak terdedah kepada kepanasan yang melampau.

2. Sediakan Tempat Tidur Bayi

Ramai ibu bapa terlepas pandang keutamaan yang satu ini. Bayi yang baru lahir akan tidur antara 14-17 jam sehari. Sebab itu penting untuk anda menyediakan tempat tidur yang selamat dan selesa bagi memastikan waktu tidur mereka tidak terganggu, sekali gus terpelihara daripada “Sindrom Kematian Bayi Mengejut” (SIDS).

Menurut pakar, bayi hendaklah tidur secara menelentang bagi mengelakkan kecelakaan semasa tidur seperti lemas dan sesak nafas. Pastikan tilam yang digunakan juga mampat dan rata permukaanya. Gunakan katil bayi yang bersesuaian dan pastikan tempat tidur anak anda bebas daripada timbunan selimut, bantal atau objek keras seperti permainan dan anak patung.

3. Peka Dengan Waktu Menyusu Bayi

Jika bayi anda lahir pramatang atau mempunyai kondisi perubatan, lazimnya doktor akan mencadangkan anda untuk menyusukan bayi secara berjadual. Namun untuk bayi yang sihat dan normal, mereka bebas disusukan pada bila-bila masa —sesuai mengikut keperluan bayi. Bayi baru lahir biasakan akan menyusu setiap 2-3 jam sekali.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sedang lapar selain menangis: –

4. Gunakan Lampin Berkualiti

Selain pakaian dan produk mandian, jenis lampin juga penting untuk diambil kira memandangkan bayi yang baru lahir sangat sensitif dan kerap membuang air. Bayi baru lahir yang menyusu susu formula rata-ratanya akan membuang air lebih 5 kali sehari, manakala bayi yang menyusu badan pula akan membuang air lebih sedikit.

Sama ada menyusu badan atau menyusu botol, bayi baru lahir yang berusia 3-5 hari biasanya akan membuang air kurang lebih 8 kali sehari dalam tempoh 24 jam. Pastikan lampin bayi yang digunakan adalah daripada jenama lampin yang berkualiti dan mampu milik kerana mereka akan kerap membuang air dari hari ke hari selari dengan tempoh tumbesaran.

KEBAIKAN LAMPIN FAYBEL UNTUK BAYI ANDA 

Manfaatkan lampin terbaik seperti Faybel kerana lapisannya diperbuat daripada material serat pulpa lembut dipanggil (fluff pulp). Mekanikal penyerapannya pula menggunakan “Serbuk Polimer Super Penyerap” (SAP) daripada jenis yang berkualiti tinggi untuk penyerap pantas cecair dengan berkesan bagi memastikan kulit bayi kekal kering dan bebas kemerahan.

Lampin bayi perlu kerap ditukar sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali. Jika dibiarkan lembab terlalu lama di dalam lampin yang telah penuh, kulit mereka berisiko dijangkiti ruam dan melecet.

Lampin Faybel ada ditawarkan dalam saiz “newborn”. Ia direka khas untuk memberi keselesaan kepada bayi baru lahir bahkan dijual pada harga yang sangat ‘mesra’ dengan bajet ibu bapa. Anda boleh dapatkan lampin Faybel pada harga berpatutan di laman web kami, neutrovis.com atau platform e-dagang lain seperti Shopee, Lazada & TikTok Shop Neutrovis!

Nantikan artikel seterusnya untuk lebih banyak info dan tips keibubapaan yang menarik!